Pages

Friday, April 18, 2014

SOAL JAWAB BERKAITAN DOA



S: Apakah hukum berdoa?

J: Imam At-Tirmizi menyebut di dalam kitab Al-Azkar, bab fi adab ad-du’a:

اعلم أن المذهب المختار الذي عليه الفقهاء والمحدثون وجماهير العلماء من الطوائف كلها من السلف والخلف أن الدعاء مستحب

"Ketahuilah bahawa menurut pendapat mazhab yang terpilih yang diikuti oleh para fuqaha’, muhadditsun, serta jumhur ulama dari semua golongan salaf dan khalaf bahawa hukum berdoa adalah mustahab".

Pembahagian hukum doa mengikut hukum taklifi
Syeikhul Islam Al-Qadhi Zakariya Al-Anshori di dalam Al-Azhiyyah Fi Ahkam Al-Ad’iyyah membahagikan hukum doa seperti yang berikut:

1.     Wajib:
seperti doa yg terkandung dlm surah alfatihah ketika solat.

2.     Sunat:
seperti doa qunut dan doa pada solat sunat istisqa’.

3.     Makruh:
a. disebabkn tmpat: doa dalam gereja atau tempat mandi dan tempat najis.
b. disebabkan keadaan: seperti berdoa dalam keadaan mengantuk.
c. menjadi sebab rosaknya hati: seperti mengangkat suara sehingga timbul riya, sum’ah dan takabbur.
d. doa yg terkait dgn perkara makruh.

4.     Haram: terbahagi 2:

a. haram yg membawa kekafiran, contohnya:
Doa yg berlawanan dengan dalil naqli yg mutawatir spt mendoakan org mukmin kekal di neraka. Maka pendoa menjadi kafir jika berdoa seperti yg demikian dlm keadaan mengetahui larangan tersebut.

b. haram yg tak membawa kekufuran:
Imam Al-Qarafi mengatakan ada 12 perkara: antaranya:
- permintaan yg tidak diikat dengan sebab spt memohon anak tanpa
  berkahwin dan jimak.
- doa kepada org yg tidak zalim.

5.     Harus: spt bertawasul dan minta syafaat dari Rasulullah.


S1: apakah syarat-syarat doa?

J: terdapat 12 syarat yg disenaraikan oleh Syeikh Zakariya Al-Anshori, antaranya:
1.     Mestilah perkara yang diminta itu bukanlah termasuk dari perkara yang terhalang secara akal dan adat. Contohnya: mohon dihidupkan org yang mati atau mohon melihat Allah di dunia… melainkan org yg berdoa itu adalah nabi atau wali.
2.     Mestilah perkara yang diminta itu tidak termasuk dari perkara dosa, seperti berdoa agar direzkikan dengan minuman arak.
3.     Doa tersebut tidak bertujuan buruk, contohnya: memohon diberikan harta, jawatan dan kesihatan agar dapat memuaskan nafsu syahwat.
4.     Permintaan tersebut bukanlah untuk menguji Allah
5.     Tidak bersibuk-sibuk dengan doa ketika dikhuatiri waktu fardhu akan habis
6.     Berbaik sangka kepada Allah


S2: minta jelaskan hukum berdoa selepas solat.

J: Imam kita Muhammad bin Idris asy-Syafie dalam kitab beliau yang terkenal, Al-Umm berkata, “Saya memilih (berpendapat) bahwa disunatkan bagi imam dan makmum apabila telah selesai dari solat agar mereka berzikir dan berdoa.

فقد قال الإمام الشافعي رحمه الله تعالى  في الأم، للشافعي: وأختار للإمام والمأموم أن يذكرا الله بعد الانصراف من الصلاة، ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماماً يجب أن يُتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تُعُلِّم منه ثم يُسِرُّ، فإن الله عز وجل يقول: وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا [الإسراء: 110] يعني - والله تعالى  أعلم - الدعاء، ولا تجهر: ترفع. ولا تخافت: حتى لا تسمع نفسك. انتهي.

Pendapat ini dikukuhkan dengan kata2 imam nawawi di dalam al-majmu’:

قال الإمام النووي في المجموع : (اتفق الشافعي والأصحاب وغيرهم رحمهم الله على أنه يستحب ذكر الله تعالى بعد السلام، ويستحب ذلك للإمام والمأموم والمنفرد والرجل والمرأة والمسافر وغيره ، ويستحب أن يدعو أيضا بعد السلام بالاتفاق وجاءت في هذه المواضع أحاديث كثيرة صحيحة في الذكر والدعاء قد جمعتها في كتاب الأذكار ) اهـ.

Syeikh Zainuddin Al-Malibari dalam kitab beliau, Fathul Muin, mafhumnya beliau membolehkan imam untuk menyaringkan suara ketika berzikir dan berdoa jika bermaksud agar diaminkan oleh makmum. Beliau juga menyebut pendapat gurunya Al-Imam Ibn Hajar Al-Haitami bahawa suara yang amat kuat yang boleh mengganggu kekhusyukan org lain yang sedang solat sepatutnya diharamkan.

Manakala Syeikh Zakariya di dalam Al-Azhiyah menyatakan antara keadaan yg disunatkan berdoa adalah setelah selesai dari solat fardhu, ini berdasarkan hadis Abi Umamah Radhiyallahu Anhu. Hadis ini dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi dan beliau menyatakan martabatnya: hasan. Juga dikeluarkan oleh An-Nasai dlm [‘amalil yaumi wallailah]. Imam Ibn Hajar Al-Asqolani mendhoifkannya, rujuk Nataij Al-Fikr.

S3: bolehkah berdoa untuk orang kafir dan bolehkah kita mengaminkan doa mereka yg baik?

J: boleh mendoakan hidayah bagi orang kafir seperti yang telah sabit dari hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Umar. Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan At-Tirmizi, beliau mensahihkannya. Sebahagian ulama’ hanafi berpendapat bahawa perkara tersebut tidak dibolehkan.

Mendoakan orang kafir agar mereka diberi hidayah diperbolehkan, yang tidak diperbolehkan adalah mendoakan orang kafir agar mendapat keampunan atas kekafirannya, sedangkan orang yang didoakan sudah mati dalam keadaan kafir.

 ) فَرْعٌ ) يَجُوزُ إجَابَةُ دُعَاءِ الْكَافِرِينَ ، وَيَجُوزُ الدُّعَاءُ لَهُ وَلَوْ بِالْمَغْفِرَةِ وَالرَّحْمَةِ ، خِلَافًا لِمَا فِي الْأَذْكَارِ إلَّا مَغْفِرَةَ ذَنْبِ الْكُفْرِ مَعَ مَوْتِهِ عَلَى الْكُفْرِ فَلَا يَجُوزُ .

“boleh menjawab doa orang-orang kafir, dan boleh mendoakannya, walaupun doa memohon ampunan (maghfirah) dan kasih sayang (rahmat). Berbeza dengan keterangan dalam kitab al-Azkar, kecuali mendoakan orang kafir dalam memintakan keampunan atas kekafirannya, sedangkan orang yang didoakan sudah mati dalam keadaan kafir, maka tidak diperbolehkan”. [ Hasyiyah al-Qalyubi ].

Syeikh Ar-Ruyani berpendapat tidak boleh mengaminkan doa org kafir kerana ia adalah doa yang tidak diterima berdalilkan firman Allah dlm surah ghafir ayat 50.


S4: ada orang yang mengatakan bahawa ketika berdoa kita perlulah mengangkat tangan menadah dan menghadap muka ke langit kerana Allah di langit. Adakah benar kata-kata itu?

J: mengangkat tangan ketika berdoa termasuk dalam adab-adab berdoa. Al-Hafizh Ibn Hajar Al-Asqolani telah menyenaraikan empat belas buah hadis tentang mengangkat tangan ketika berdoa dalam kitab Fathul Bari. Sebahagian dari hadis tersebut terdapat dalam Sohih Bukhari, sebahagian lagi di dalam Sohih Muslim, dan bakinya terdapat dalam kitab-kitab hadis yang lain.

Kesemua hadis tersebut menetapkan perbuatan Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam mengangkat tangan ketika berdoa dalam pelbagai situasi dan keadaan. Hadis-hadis yang banyak dalam menceritakan perbuatan mengangkat tangan ini menyebabkan hadis-hadis tersebut mencapai martabat mutawatir maknawi. Antara hadis tersebut ialah:

إن ربكم حيي كريم، يستحي من عبده إذا رفع إليه يديه أن يردهما صفرا

Rasulullah menyatakan dalam hadis di atas bahawa Allah Subhanahu Wa Taala malu untuk tidak membalas dengan sesuatu kepada hambanya yang (berdoa) mengangkat kedua tangannya. Berdasarkan hadis tersebut kita dapati tidak ada sama sekali ruang bagi golongan yang mengingkari orang yang berdoa mengangkat tangannya dalam apa keadaan sekalipun kerana keumuman hadis ini.

Menurut Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy dalam kitabnya Irsyadil ‘Ibad bahwa hukum mengangkat dua tangan itu adalah disunatkan bagi selain orang yang sedang sembahyang dan yang sedang berkhutbah, adapun bagi keduanya maka tidak disunatkan mengangkat dua tangan.

Dan tangan yang diangkat itu adalah tangan yang dalam keadaan suci dan diangkat sehingga sejajar tingginya dengan dua bahu. Adapun tangan yang bernajis menurut Syeikh Sayyid Bakri bin Sayyid Muhammad Syatha dalam kitab beliau I’anatuth Thalibin maka hukum mengangkatnya adalah makruh walaupun tangan itu tertutup.

Dan jika hal yang didoakan itu merupakan masalah yang sangat rumit maka menurut beliau, Al-Kurdiy berpendapat bahwa tangan itu diangkat bukan sejajar dengan bahu, tetapi lebih tinggi lagi, sehingga tampaklah putih ketiaknya. Menurut Syeikh Syihabuddin Qalyubiy dalam kitab beliau Hasyiyah al-Mahalliy bahwa tapak tangan itu dirapatkan dan sebaiknya dalam keadaan terbuka, ertinya tapak tangan itu tidak ditutup dengan sebarang penutup.

Hal itu kita lakukan sebagai isyarat kita sedang menadah pemberian dan anugerah dari Tuhan, dan dalam keadaan seperti itu maka pandangan mata ditujukan kelangit, sebagai isyarat kita memerhatikan rahmat Allah yang sedang diturunkan, bukanlah bertujuan melihat Allah kerana Dia tidak bertempat seperti makhluk. Adapun Imam Al-Ghazali maka beliau berpendapat bahawa hendaklah tidak mengangkat pandangan ke langit.


S5: Apakah hukum menyapu muka setelah berdoa?

J: Sunat menyapu muka berdasarkan hadis Umar Radhiyallahu ‘Anhu di dalam Sunan At-Tirmizi. Martabat hadis: shohih ghorib. Imam Nawawi menetapkan bahawa menyapu muka setelah doa hukumnya adalah mustahab jika ia dilakukan diluar solat, adapun di dalam solat maka tidaklah disunatkan.

Wallahua’lam.



Rujukan:
·        تلخيص الأزهية في أحكام الأدعية لشيخ الإسلام القاضي زكريا الأنصاري
·        الأذكار للإمام النووي
·        الأم للإمام الشافعي
·        فتح المعين للشيخ زين الدين المليباري

download kitab Azhiyyah disini

No comments:

Post a Comment