Maulid Nabi bukanlah perkara asing dalam masyarakat muslim di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Sambutan maulid ini diadakan bagi memperingati Sayyidina Muhammad dan menghidupkan kembali kecintaan kepada baginda yang kian pudar. Namun sejak akhir-akhir ini, terdapat sebahagian masyarakat yang ragu-ragu atas keharusan sambutan tersebut.
Di sini saya akan menyenaraikan
kata-kata sebahagian daripada ulama’ yang membenarkan sambutan maulid.
Ketahuilah, jika kita ingin menyenaraikan kesemua kata-kata ulama’ berkenaan keharusan sambutan maulid sudah pasti penulisan ini akan menjadi terlalu panjang.
1.
Ibn Taimiyyah
berkata : sebahagian manusia membesarkan hari kelahiran baginda dan
menjadikannya bermusim (acara tahunan), dan bagi mereka ganjaran yang besar
kerana baik niat mereka dan kerana memuliakan Rasulullah.[1]
2.
Imam Abu Syamah (Syeikh Imam Nawawi) berkata : antara perkara
bid'ah yang paling baik pada zaman kita ialah bersedekah, melakukan perkara
yang ma'ruf, berhias serta menzahirkan kegembiraan pada setiap tahun bertepatan
dengan hari kelahiran baginda. Sesungguhnya amalan-amalan tersebut, disamping
berbuat baik terhadap orang miskin, ia juga merupakan luahan perasaan cinta
terhadap Rasulullah dan menta'zimkan baginda di hati pelaku amalan-amalan itu,
dan juga sebagai tanda syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan Rasulullah
yang diutuskan sebagai rahmat sekalian alam.[2]
3.
Al-Imam As-Sakhowi berkata : Tidak melakukannya (sambutan maulid)
seorang pun dari kalangan salaf pada kurun ke-3. Ia hanya diadakan selepas
kurun tersebut, kemudian ia terus diamalkan oleh ummat Islam di setiap tempat
dan kota, mereka bersedekah pada malam harinya dengan berbagai jenis sedekah
dan mementingkan pembacaan maulid nabi.[3]
4.
Imam Suyuthi berkata : Ia termasuk dalam bid'ah hasanah yang diberi
ganjaran pahala terhadap pelakunya kerana membesarkan keagungan Nabi dan
menzahirkan kegembiraan dengan kelahirannya.[4]
5.
Imam Suyuthi juga berkata : disunatkan bagi kita untuk manzahirkan
kesyukuran dengan kalahiran Nabi, berkumpul, memberi makan, dan meluahkan
kegembiraan.[5]
6.
Imam Zaini Dahlan berkata : termasuk dalam perkara yang
menta'zimkan baginda adalah bergembira pada malam hari kelahiran Nabi Shollallahu
Alaihi Wasallam, dan membaca maulid.[6]
7.
Al-Imam Al-'Iraqi berkata : sesungguhnya melakukan upacara walimah
dan memberi makan disunatkan pada setiap waktu, maka bagaimana pula jika ia
disertakan dengan kegembiraan kerana munculnya Nur Sayyidina Muhammad pada
bulan yang mulia ini? dan tidaklah ia menjadi makruh kerana ia bid'ah (perkara
baharu) bahkan banyak perkara bid'ah yang hukumnya sunat dan terkadang boleh
menjadi wajib.[7]
Berdasarkan
kata-kata ulama’ di atas, kita dapati bahawa merayakan kelahiran Nabi adalah
suatu perkara baharu yang diharuskan perlaksanaannya. Dan tidaklah ia suatu
bid’ah yang menyesatkan yang membawa kepada azab api neraka seperti sangkaan
sebahagian masyarakat. Wallahua’lam.
Terjemahan dan olahan dari kata-kata ulama yang dikumpul oleh Syeikh Hamza Al-Kattani Al-Maghribi
No comments:
Post a Comment