Habib Salim Asy-Syathiri |
Kita
telah meninggalkan Bulan Rejab dan memasuki Bulan Sya’ban yang dimuliakan. Sesungguhnya
Allah Taala telah mengkhususkan bulan ini dengan berbagai keistimewaan yang
agung, yang akan kami sebut sebahagian darinya di dalam artikel ini:
1.
Bulan
Sya’ban yang mulia dinisbahkan kepada Junjungan Mulia Rasulullah Shollallahu’Alaihi
Wasallam dan disebut sebagai bulan selawat dan salam keatas Nabi Shollallahu’Alaihi
Wasallam. Diriwayatkan di dalam sebahagian atsar bahawa Nabi bersabda:
رجب شهرُ الله وشعبان شهري ورمضان شهرُ
أمتي
Rejab adalah
bulan Allah, Sya’ban bulanku, dan Ramadan bulan ummatku.
Ulama hadis
menyebut: Sebab dinamakan bulan ini sebagai bulan Nabi kerana padanya
diturunkan ayat:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ
عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
2.
Nabi
Shollallahu’Alaihi Wasallam memperbanyakkan puasa padanya. Diriwayatkan di
dalam Shohih Al-Bukhari bahawa Sayyidatina Aisyah berkata:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم
حتى نقول لا يفطر ويفطر حتى نقول لا يصوم، وما رأيته استكمل صيام شهر قط إلا رمضان
، وما رأيت في شهر أكثر صياماً منه في شهر شعبان
Di dalam hadis
tersebut Sayyidatuna Aisyah menjelaskan bahawa puasa Rasulullah pada bulan Sya’ban
lebih banyak dari bulan-bulan selainnya.
3.
Bulan
terbelah dua pada bulan Sya’ban. Ini adalah salah satu mukjizat baginda dan tanda
kenabiannya yang berlaku ketika Kuffar Quraisy telah mengingkari Rasulullah dan
meminta agar bulan terbelah dua. Peristiwa tersebut berlaku pada malam nisfu
Sya’ban. Firman Allah Taala:
اقْتَرَبَتِ السَّاعَةُ وَانشَقَّ الْقَمَرُ
. وَإِن يَرَوْا آيَةً يُعْرِضُوا وَيَقُولُوا سِحْرٌ مُّسْتَمِرٌّ
Al-Imam
Ad-Dahlawi meriwayatkan bahawasanya telah ditemui di Negara China sebongkah batu
yang tertulis dengan khat kufi diatasnya: “Tulisan ini ditulis pada malam
terbelahnya bulan dan aku tidak tahu kenapa ia terbelah.” Ini kerana Agama
Islam belum sampai ke sana ketika kejadian tersebut berlaku.
4.
Bertukar
qiblat muslimin dari Baitil Maqdis ke Masjidil Haram. Selepas peristiwa Hijrah,
Baginda Rasul telah bersolat menghadap ke Baitil Maqdis selama 16 bulan. Hal ini
menggembirakan Yahudi, mereka mengatakan bahawa Nabi dan para Sahabat telah
menuruti qiblat kami dan nanti mereka akan menuruti agama kami. Oleh itu
Baginda Shollallahu ‘Alaihi Wasallam ingin agar qiblat muslimin berubah ke
Masjidil Haram, Baginda sering menghadapkan pandangan ke langit, kemudian daripada
itu, Allah Taala menurunkan ayat Al-Quran dan berubahlah qiblat pada bulan
tersebut:
قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ
5.
Pengharaman
berpuasa pada separuh akhir pada Bulan tersebut berdasarkan hadis:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا حتى يكون
رمضان
Larangan ini
terkecuali bagi orang yang perlu menggantikan puasa Ramadhan tahun yang lalu,
dan bagi orang yang puasanya telah menjadi kebiasaan dirinya (seperti orang
yang melazimi puasa Isnin Khamis), serta bagi orang yang telah berpuasa pada
separuh awal (15 hari pertama) dari bulan Sya’ban, yang ingin untuk menyambung
puasanya pada separuh akhir bulan tersebut, maka bagi 3 golongan ini diharuskan
berpuasa padanya.
6.
Malam
nisfu Sya’ban. Ia adalah salah satu dari malam-malam yang mulia dan diberkati,
yang sebaiknya diisi dengan doa, ibadat, berjaga malam, dan memperbanyakkan
amal soleh. Imam Ibn Majah , Abu Dawud, dan At-Tirmizi telah meriwayatkan
bahawa Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:
إذا كان ليلة النصف من شعبان تنزل الحق
تبارك وتعالى وتجلى على أهل الأرض فيغفرلهم جميعاً إلَّا لأربعة مشرك ومدمن خمر وعاق
لولديه ومسبل إزاره
Imam Ibn Majah
meriwayatkan dari Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah:
إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقُوموا
ليلها وصوموا نهارها
Dan di dalam
Kitab Targhib Wa Tarhib disebut:
خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء وعد منها
ليلة النصف من شعبان
Tulisan-tulisan
Ulama’ berkaitan bulan Sya’ban:
1.
نصيحة الإخوان في
فضل رجب وشعبان ورمضان - الإمام ابن حجر الفشني
2.
اللطائف الربانية
في ما للعام والأشهر من الوظائف الدينية - الشيخ الحافظ المقدسي
3.
كنز النجاح والسرور
في الأدعية التي تشرح الصدور - الإمام الشيخ أحمد عبدالحميد قَدس
4.
ليلة النصف من شبعان
في ميزان الإنصاف العلمي وسماحة الإسلام
Oleh itu, kita mestilah menyambut bulan mulia ini sebaiknya dan
berusaha bersungguh-sungguh di dalamnya sebagai persediaan untuk memasuki bulan
Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Wallahua’lam.
*Terjemahan dan olahan tulisan Mudir Am Ribat Tareem, Al-Habib
Salim Bin Abdullah Bin Umar Asy-Syathiri.
*Artikel asal baca disini.
No comments:
Post a Comment