Berkata Al-allamah Syeikh Abdul Aziz Bin Siddiq Al-Ghumari: "Allah Taala telah memerintahkan kita dan orang-orang yang beriman agar menghidupkan majlis peringatan Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam kerana terdapat padanya rahmat, kebaikan dan keberkatan. Firman Allah Taala:
وذكرهم بأيام الله
dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah
Maka kelebihan, kebaikan dan rahmat manakah yang lebih besar dari Baginda Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam? Kerana inilah diwajibkan keatas setiap muslim, mukmin dan setiap individu yang teguh pada agamanya untuk menghidupkan majlis peringatan ini supaya ia dapat menghidupkan iman di dalam hati. kemudian AllahTaala berfirman:
قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا
katakanlah (wahai Muhammad) dengan limpah kurniaan Allah dan rahmatNya, maka dengan yang demikian itu hendaklah kalian berdukacita
Allah tidak memerintahkan kita bergembira dengan dunia, darjat kemuliaan dan ilmu. sebaliknya Dia memerintahkan agar kita bergembira dengan kurniaan dan rahmat yang Dia curahkan, dan rahmat dan kurniaan manakah yang lebih besar dari (pengutusan) Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam? Maka dengan ini, wajib bagi setiap rumah, dan setiap individu, besar mahupun kecil, untuk menghidupkan majlis memperingati Baginda Shollallahu 'Alaihi Wasallam. Dan janganlah mengendahkan kata-kata orang (yang bertentangan dengan fatwa ini) dan dakwaan-dakwaan orang, dan janganlah memberi perhatian terhadap orang yang jahil (akan hukumnya) dan orang yang mengingkarinya serta orang yang bodoh dan orang kafir yang memerangi sambutan maulid Nabi. Maka tidaklah seseorang itu memerangi majlis memperingati maulid Nabi melainkan dia adalah munafik yang murtad dan kafir yang menyesatkan...
Majlis memperingati Nabi menghidupkan hati-hati, kerana Allah berfirman:
قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا
Sesungguhnya kelebihan Rasulullah itu jelas. Dengan kelebihan Baginda kita menjadi sebaik-baik ummat dan dengan rahmatnya diangkat azab yang dahulunya diturunkan kepada ummat-ummat sebelum kita. Ada dari kalangan ummat terdahulu yang menderita menanggung malu, ada yang disumpah, lemas dan ada yang terbakar. Dengan rahmat dan kelebihan Nabi diangkat mala petaka ini dari ummatnya, dan tatkala diturunkan bala diberi balasan pahala kepada ummat Nabi yang menderita menanggungnya...
Maka dengan sebab inilah sambutan Maulidur Rasul termasuk perkara-perkara yang paling wajib pada masa kini. Kalaulah ia dihukumi sunat sejak setahun atau dua tahun yang lalu, kami berpendapat ia wajib pada saat ini. Kerana ia mengingatkan kita akan situasi kehidupan baginda, jihad dan peperangannya menentang kekufuran dan ketidakpercayaan kepada tuhan (atheism) dan hijrah Baginda bagi menegakkan kalimah tauhid. Oleh itu, sambutan maulid Nabi mengingatkan kita akan kisah-kisah ini, menghidupkan di dalam diri kita semangat juang di jalan Allah, serta keberanian menghadapi musuh-musuh, sekular, atheis, dan orang yang ingin menjatuhkan agama Islam dan maruahnya. Kerana inilah sambutan maulid adalah antara amalan terbaik, bahkan antara yang terwajib dan terpenting pada masa kini."
*Sidi Abdul Aziz Al-Ghumari telah wafat pada 1418H.
*Artikel asal: Markaz Imam Junaid, Maghribi.
No comments:
Post a Comment