Di dalam kitab Asy-Syifa karangan Al-Qadhi Iyyadh, beliau telah mengkhususkan satu fasal dengan tajuk di atas, beliau menceritakan pada fasal tersebut kisah amirul mukminin Abu Jaafar bertanya kepada Imam Malik(ketika mereka di dalam Masjid Nabawi): Wahai Abu Abdillah, adakah aku menghadap qiblat dan berdoa, atau aku menghadap Rasulullah (makam baginda)? Imam Malik berkata: mengapa engkau memalingkan wajahmu dari menghadap Baginda? sedangkan dialah wasilahmu dan bapamu Adam Alaihissalam pada hari kiamat. Hadaplah baginda dan mintalah syafaat dengannya, nescaya Allah akan membantunya. firman Allah: ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما
Sesungguhnya Imam Malik tatkala disebut nama Nabi pasti berubah warna wajahnya. Beliau berkata: sesungguhnya aku telah melihat Jaafar Bin As-Sodiq, beliau adalah orang yang banyak bersenyum dan penuh dengan kegembiraan, namun tatkala disebut Nabi Muhammad wajahnya berubah kekuningan, dan beliau tidak menyampaikan hadis melainkan dalam keadaan suci.
Abdul Rahman Bin Al-Qasim telah menyebut nama Nabi di hadapan Imam Jaafar Bin As-Sodiq, beliau melihat wajah sang Imam seolah-olah tidak ada darah padanya, dan lidahnya pula telah kering kerana merasai keagungan Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam.
Ibn Sirin ketika beliau sedang ketawa, akan terdiam khusyuk jika disebut nama Nabi.
Abdur Rahman Bin Mahdi jika membaca hadis beliau memerintahkan agar orang ramai senyap. dan berkata: يا أيها الذين آمنوا لا ترفعوا أصواتكم فوق صوت النبي beliau menafsirkan ayat tersebut sebagai arahan untuk senyap dan memberi perhatian ketika memdengar hadis sepertimana ketika Nabi sendiri yang bersabda.
Berkata Abu Ibrahim At-Tajibi: wajib keatas setiap muslim , apabila disebut nama Baginda, untuk tunduk dan khusyuk, memberi penghormatan dan diam dari segala gerakan, memuliakan Baginda dan merasai kehebatannya sepertimana Baginda berada dihadapannya, dan beradab dengan adab yang diperintahkan Allah apabila berada dengan Nabi.
*rujuk Asy-Syifa Bita'rif Huquq Al-Musthofa
No comments:
Post a Comment