Pages

Tuesday, March 17, 2015

Kajian Manuskrip - D. Syauqi Binbin


Kesimpulan ringkas perbentangan berkaitan kajian manuskrip yang disampaikan oleh D. Ahmad Syauqi Binbin, penjaga Perpustakaan Di Raja Maghribi, dalam Seminar Qiraat 2015 di Marrakech.

Apakah Makhtutat?
Makhtutat bererti semua jenis tulisan tangan tidak kira di atas lembaran kertas, di atas batu, kayu atau selainnya. Oleh itu, mustholah yang tepat untuk menunjukkan makna manuskrip adalah kitab makhtut - كتاب مخطوط - mestilah disertai kalimah kitab.

Mencari kitab makhtut (manuskrip) di perpustakaan seluruh dunia.
Sepatutnya tugas mencari mengumpul dan menyenaraikan nama manuskrip dari perpustakaan seluruh dunia dilakukan oleh suatu kumpulan khas yang mahir dalam urusan tersebut, hal ini bagi memudahkan pengkaji manuskrip mengetahui di mana terdapat kitab yang diperlukan tanpa perlu bersusah payah. Dengan cara ini, pengkajian dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Kenapa berlaku perbezaan lafaz dalam manuskrip-manuskrip?
1. Penulis menambah baik kitab dan merombak susunan kata beliau ketika mengajar kitabnya.
2. Penyalin (yang juga pelajar yang mendengar dari penulis sendiri) tersalah dengar.
3. Penyalin memenuhkan ruangan kosong (yang terhasil kerana tidak sempat menyalin) dengan kata-katanya sendiri.

Bagaimana melakukan tarjih jika lafaz-lafaz manuskrip berbeza?
Perkara tersebut tidak mampu dilakukan melainkan oleh pengkaji yang telah menguasai bahasa arab dan mempunyai malakah dan kekuatan perasaan (feel) sehingga beliau dapat merasai serta mengesan bahawa gaya penulisan yang sedang dibaca adalah dari kata-kata pengarang atau tidak.

Apakah makna nuskhah muktamadah?
Nuskhah muktamadah bukanlah nuskhah yang pengkaji dakwa ianya nuskhah yang boleh dipercayai, tetapi yang dimaksudkan dengan nuskhah muktamadah adalah nuskhah pengarang sendiri atau nuskhah utama yang menjadi rujukan salinan nuskhah-nuskhah lain.

Perlukah diulang tahqiq kitab-kitab yang sudah ditahqiq?
Setiap kitab yang ditahqiq perlu diulang tahqiq selepas 10 tahun kerana mungkin kita akan mendapati nuskhah-nuskhah manuskrip baru yang tidak ditemui sebelum ini.

Bolehkah pelajar mengkaji dan mentahqiq kitab?
Saya mengharamkan pelajar mentahqiq kitab kerana mereka belum menguasai bahasa arab dan tidak mempunyai malakah

No comments:

Post a Comment