Pages

Sunday, May 24, 2015

Apa yang ada di Kota Marrakech, Maghribi?



Al-Abbas Al-Murakusyi di dalam kitab beliau (الإعلام بمن حل مراكش وأغمات من أعلام) telah menyebut bahawa di kota Marrakech (pada zamannya) terdapat:
  1. 136 MASJID
  2. 42 MENARA MASJID
  3. 6 BUAH MADRASAH
  4. LEBIH 40 ZAWIYAH
  5. LEBIH 24 HAMAM (MANDIAN WAP + AIR PANAS)
  6. 66 KILANG MEMBAKAR ROTI
  7. 11 PINTU KOTA
Kemudian beliau menyenaraikan nama tokoh-tokoh yang berasal dari Marrakch atau pernah menetap atau mnziarahi kota ini, kesemuanya berjumlah 1650 orang.. antara yang terkenal dari kalangan mereka:


  1. Yusuf Ibn Tashfin: pengasas kota Marrakech, salah seorang sultan Empayar Murabithin
  2. Abul Hajjaj Adh-Dhorir: pakar nahwu dan aqidah, pengarang nazhom aqidah asy'ariyyah pertama di Maghribi
  3. Al-Mahdi Ibn Tumart: pengasas gerakan Muwahhidin untuk menjatuhkan Empayar Murabithin, mendakwa bahawa dirinya Al-Mahdi
  4. Qadhi Iyyad: pengarang kitab Asy-Syifa Bita'rifi Huquqil Musthofa
  5. Imam Al-Jazuli: pengasas tariqat Syazuliyyah Jazuliyyah, pengarang Dalail Khairat
  6. Ibn Rusyd Al-Jadd: berhijrah dari Andalusia ke Marrakech dan menjadi tenaga pengajar di Madrasah Ibn Yusuf.

No comments:

Post a Comment