Gambaran Jesus dan Mary oleh penganut agama Nasrani |
Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran:
مَّا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ ۖ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ
المائدة: ٧٥
Al-Masih
Ibnu Maryam itu tidak lain tidak bukan adalah seorang Rasul yang telah
terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat
benar, mereka berdua memakan makanan (seperti kamu juga).
Ayat di atas mengandungi tiga bukti kebatilan
dakwaan nasrani yang beriktiqad bahawa Nabi Isa adalah tuhan atau anak tuhan.
1.
Penetapan kerasulan
baginda sepertimana rasul-rasul sebelumnya
2.
Baginda adalah anak Maryam
3.
Nabi Isa dan ibunya Maryam
berhajat kepada makanan
Penetapan Nabi Isa sebagai rasul sepertimana
rasul-rasul sebelumnya dapat kita fahami dari konteks ayat ini yang menggunakan
ما
النافية (lafaz ما dengan tujuan menidakkan) kemudian diikuti
dengan أداة
الاستثناء (lafaz إلا yang bertujuan mengecualikan). Gabungan
dua lafaz ini dalam suatu ayat memberi satu makna yang baru yang disebut
sebagai الحصر (pengehadan
makna) atau disebut dalam ilmu balaghah sebagai القصر (pengkhususan sesuatu perkara dengan sesuatu
perkara).
Terdapat banyak cara atau jalan untuk
mendapatkan makna qasr atau hasr, Imam As-Suyuthi menyebutkan dalam nazhom
beliau bagi kitab Talkhis Khatib Al-Qazwayni yang berjudul ‘Uqud Ul-Juman Fi ‘Ilmi
Al-Maany wal Bayan:
وَطُرُقُ
الْقَصْرِ كَثِيرَةٌ تَضُمّْ
|
..........................
|
وَلَيْسَ عَمْرٌو شَاعِرًا بَلْ حَامِدُ
|
كَالْعَطْفِ زَيْدٌ قَائِمٌ لا قَاعِدُ
|
إِلَّا رَسُولٌ مَا الحِمَى إِلَّا اليَدُ
|
وَالنَّفْيِ مَعْ إِلَّا كَمَا مُحَمَّدُ
|
Salah satunya adalah dengan mendatangkan huruf
nafi seperti ما dengan diikuti pengecualian seperti إلا. Contohnya:
ما زيد رجل كريم = Zaid bukanlah lelaki yang mulia
ما زيد إلا رجل كريم = Zaid tidak lain tidak bukan adalah
lelaki yang mulia
Lafaz “tidak lain tidak bukan” dalam ayat ini terhasil
dari gabungan ما dan إلا dalam ayat tersebut.
Jika kita sudah memahami kaedah ini, maka kita
pasti meyakini bahawa Nabi Isa bukanlah tuhan, baginda tidak lain tidak bukan
adalah seorang rasul. Dan rasul adalah “duta dari kalangan manusia (bererti
makhluk, bukan tuhan) yang merdeka (bukan hamba), lelaki, baligh, dan berakal,
yang menjadi perantaraan antara Allah dan hambaNya yang diberati dengan hukum
taklifi, dan mereka (para rasul) adalah pilihan Allah untuk menyampaikan kepada
hambaNya segala perutusan Tuhan.”[1]
Barangsiapa yang memahami makna kerasulan sudah
pasti tidak akan sama sekali mendakwa ketuhanan Nabi Isa Alaihissalam. Kemudian
Allah Subhanahu wa Taala menguatkan lagi hujjah ini dengan menyifati lafaz رسول
dalam ayat tersebut dengan jumlah fi’liyyah (ayat yang dimulai dengan fi’il)
yang menduduki tempat sifat atau na’at bagi lafaz رسول yang berbentuk nakirah. Berkata pengarang
Nazhom Jumal:
فَإِعْرَابُهَا
حَالٌ لِمَا قَبْلُ قْدْ خَلاَ
|
وَإِنْ
وَقَعَتْ مِنْ بَعْدِ مَحْضٍ مُعَرَّفٍ
|
فَإِعْرَابُهَا
نَعْت لِمَا قَبْلُ قَدْ تَلاَ
|
وَإِنْ
وَرَدَتْ مِنْ بَعْدِ مَحْضِ مُنَكَّرٍ
|
وَمعْرِفَةٍ
لَيْسَا بِمَحْضيْنِ فاقْبَلاَ
|
وَتَحتَمِل
الوَجْهيْنِ بَعْدَ مُنَكَّرٍ
|
Jika sesuatu ayat (sama ada jumlaf fi’liyyah
atau ismiyyah) berada setelah isim makrifah yang murni (tiada campuran nakirah)
maka ayat tersebut dii’rab حال bagi isim makrifah tersebut. Contohnya:
نظرت إلى زيد يقرأ القرآن = Aku melihat kearah Zaid dalam keadaan
dia sedang membaca Al-Quran. Ayat “dia sedang membaca Al-Quran” disini berada
pada tempat حال bagi
Zaid kerana Zaid adalah isim makrifah yang murni.
Adapun jika sesuatu ayat (sama ada jumlaf
fi’liyyah atau ismiyyah) berada setelah isim nakirah yang murni (tiada campuran
makrifah) maka ayat tersebut dii’rab نعت bagi
isim nakirah tersebut. Contohnya:
نظرت إلى رجل يقرأ القرآن = Aku melihat kearah seorang lelaki yang
sedang membaca Al-Quran. Ayat “sedang membaca Al-Quran” disini berada pada
tempat نعت bagi lelaki kerana lelaki
adalah isim nakirah yang murni.
Contoh lain adalah seperti dalam ayat Al-Quran
di atas:
مَّا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ
Al-Masih Ibnu Maryam itu tidak lain tidak bukan adalah seorang
Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul. Ayat “yang telah
terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul” di sini berada pada tempat نعت bagi lafaz Rasul.
Imam As-Suyuthi telah menyebut di dalam Uqud Ul-Juman faedah
terjadinya idhofah atau na’at pada khobar atau musnad yang nakirah:
وَكَوْنُهُ
مُخَصَّصًا بِالْوَصْفِ
|
........
|
فَائِدَةً
وَتَرْكُهُ لِلْفَقْدِ عَمّْ
|
أَوْ
بِإِضَافَةٍ لِكَوْنِهِ أَتَمّْ
|
Faedahnya adalah untuk menjadikan maknanya lebih sempurna. Kita telah
memahami dari ayat Al-Quran tadi bahawa Nabi Isa adalah seorang rasul, dan
rasul tidak lain tidak bukan hanyalah utusan Allah yang terdiri dari kalangan hambanya.
Dan rasul ini telah didahului oleh rasul-rasul yang lain. Tidakkah kalian
melihat bahawa Sayyiduna Adam, Sayyiduna Musa dan selain mereka yang terdiri
dari kalangan rasul adalah hamba Allah? Makhluk yang dicipta oleh Allah. Maka
bagaimana kalian boleh membeza-bezakan antara mereka dan Isa sedangkan mereka
semua adalah rasul?
Selain itu, lafaz خلت dalam ayat tersebut
yang bererti مضت وفنيت (telah berlalu dan
telah binasa) menunjukkan bahawa rasul bukanlah bersifat dengan sifat baqa’
(kekal) bahkan bersifat dengan sifat fana’ (binasa) dan mereka mati sepertimana
matinya manusia biasa. Oleh itu, jika ternafi sifat kekal dari para rasul,
mustahil bagi mereka untuk menjadi tuhan, kerana tuhan itu kekal selama-lamanya.
Dan Nabi Isa adalah dari kalangan rasul, maka mustahil baginya untuk menjadi
tuhan.
Inilah kaedah qiyas yang menepati rukun-rukunnya yang diajar oleh
Allah Taala kepada setiap orang yang menggunakan akalnya agar mereka meyakini
keesaanNya. Wallahua’lam.
Kaedah qiyas:
Hukum asal: Rasul adalah makhluk
Illah atau sebab: Fana’ atau binasanya para rasul
Perkara asal: Para rasul terdahulu
Perkara cabang: Nabi Isa
Kesimpulan: Nabi Isa dihukumi sebagai makhluk
Kaedah mantiq:
-
Para rasul mati
dan binasa
-
Semua yang mati
dan binasa adalah makhluk
-
Maka semua
rasul adalah makhluk
-
Nabi Isa adalah
dari kalangan rasul
-
Maka Nabi Isa
Alaihissalam adalah makhluk
No comments:
Post a Comment