Gambar hiasan |
Qasidah adalah syair-syair yang dilagukan, disusun bertujuan untuk memuji Nabi Muhammad Shollallahu 'Alaihi Wasallam. Untuk mengetahui hukum mendengar syair-syair yang dilagukan ini, mari kita teliti tulisan Syeikh Ibn Hajar Al-Haitami di bawah:
Ketahuilah sesungguhnya di dalam mazhab kita[1] dimakruhkan berlagu-lagu dan mendengarnya melainkan apabila disertai dengan perkara yang berikut:
Ketahuilah sesungguhnya di dalam mazhab kita[1] dimakruhkan berlagu-lagu dan mendengarnya melainkan apabila disertai dengan perkara yang berikut:
Berkata
sebahagian Ulama’: “Sesungguhnya berlagu-lagu hukumnya sunat bagi majlis
kenduri kahwin dan yang seumpamanya.”[2]
Berkata
Imam Al-Ghazali dan Syeikh Ibn Abdul Salam yang merupakan dalam kalangan ulama’
besar mazhab kita: “Hukumnya sunat jika ia dapat menghidupkan cahaya bagi hal yang
mengingatkan akhirat.”
Dengan
kata-kata ini kita dapat ketahui bahawa syair yang mengandungi suruhan
melakukan taat, atau mempunyai hikmah, atau yang menceritakan akhlak yang mulia
atau sifat zuhud, dan menceritakan sifat2 terpuji yang lain seperti galakan melakukan
taat dan perkara sunat, atau menjauhi maksiat, semua yang terlibat dalam
menyusun,melagukan dan mendengar syair-syair yang terkandung padanya mesej ini
hukumnya adalah sunat.
Berkata
Syeikh Al-Azro’i: Betapa indahnya kata-kata Al-Mawardi: “Syair di dalam bahasa
Arab itu disunatkan jika ia memberi peringatan tentang bahaya dunia, atau mengajak
berusaha mendapatkan akhirat, atau menggalakkan berakhlak dengan akhlak-akhlak
mulia. Dan syair yang diharuskan pula adalah syair yang selamat dari perkara
yang keji dan penipuan. Dan syair yang dilarang adalah syair yang disertai dua
perkara itu.”
Jika
kamu katakan: “Telah dinukilkan dari Qadhi Al-Husain, dari Syeikh Abu Al-Qasim
Al-Junaid, dan dia merupakan antara ulama’ besar mazhab Syafie: Sesungguhnya mendengar
lagu itu dapat dibahagikan kepada tiga; pendengaran orang awam: hukumnya haram
kerana nafsu-nafsu yang menetap dalam diri mereka, pendengaran orang zuhud:
hukumnya harus kerana dapat bermujahadah, pendengaran para arifin billah:
hukumnya sunat kerana hidupnya hati-hati mereka....”
Aku
katakan: tidaklah Al-Junaid berseorangan dalam menyatakan pendapatnya yang
demikian itu, bahkan Al-Mawardi dan ulama’ selainnya juga telah menyatakan qaul
yang serupa. Dan bukanlah kenyataan ini bercanggah dengan apa yang telah
diterangkan. Ini kerana hukum-hukum yang telah terdahulu disebutkan, ditetapkan
bagi lagu-lagu yang didengar yang tidak menghasilkan fitnah serta tidak
disertai walaupun dengan satu jenis kemungkaran. Adapun maksud yang dikehendaki
dari kata-kata pengharaman Al-Junaid ini adalah hukum bagi lagu yang ditakuti
menimbulkan fitnah seperti mendengar suara perempuan ajnabi yang dilunakkan,
hal inilah yang sering berlaku dalam masyarakat awam.
Kemudian
aku dapati sebahagian ulama Syafie mengatakan: “Jelas bahawa Al-Junaid tidaklah
menggunakan kalimah tahrim dengan makna Istilahi, dan yang dia ingin maksudkan
hanyalah tidak baik (لا
ينبغي)”.
Dan apa
yang telah aku nyatakan berkaitan kalam beliau ini (adalah hukum bagi lagu yang
membawa fitnah) adalah lebih utama (tepat). Hal ini tidak tersembunyi bagi
orang yang menelitinya. Dan seolah-olah Imam Al-Ghazali mengambil kalam
Al-Junaid tatkala beliau berkata di dalam ihya’: “Mendengar lagu itu sunat bagi
orang yang hatinya dipenuhi kecintaan kepada Allah dan kerinduan untuk
bertemuNya, sesungguhnya pendengarannya itu akan menzahirkan ahwal, mulathofah,
dan mukasyafah dalam dirinya. Dan boleh jadi hukum mendengar lagu itu harus
jika orang tersebut merindui seseorang yang dibolehkan seperti isteri atau
ibunya, dan harus juga bagi orang awam yang hatinya tidak dikuasai cinta Allah,
juga tidak dikuasai hawa nafsu. Dan hukum tersebut menjadi haram bagi orang
yang dimenangi hatinya oleh nafsu yang diharamkan.
*Terjemahan
dan olahan dari kitab كف
الرعاع عن محرمات اللهو والسماع، حكم الإسلام في الغناء والموسيقي والشطرنج - karangan Al-Imam Al-Allamah Ahmad Bin
Muhammad Bin Hajar Al-Haitami. Untuk penerangan lanjut sila rujuk kitab.pdf
No comments:
Post a Comment