Syeikh
Abdullah Bin Muhammad Bin Siddiq Al-Ghumari bukanlah suatu nama asing bagi
penuntut ilmu di Barat Dunia Islam khususnya di Maghribi. Beliau yang
dilahirkan di Tanjah (Tangier) pada tahun 1328H merupakan salah seorang ulama’ dan
muhaddits besar Maghribi yang banyak meninggalkan khazanah dalam bidang
penulisan bagi umat Islam.
Antara
tulisan beliau yang terdapat dalam simpanan saya dalam bentuk PDF ialah:
1.
إتحاف الأذكياء بجواز التوسل بالأنبياء و الأولياء
2.
إتقان الصنعة في تحقيق معنى البدعة
3.
المسهم في بيان حال حديث طلب العلم فريضة علي كل مسلم
4.
الاستنفار لغزو التشبه بالكفار
5.
إفادة ذوي الأفهام بأن حلق اللحية مكروه وليس بحرام
6.
الرد على الألباني
7.
الاستقصاء لأدلّة تحريم الاستمناء
Fokus
kita pada hari ini adalah berkenaan salah satu penulisan beliau yang bertajuk الاستقصاء لأدلّة تحريم الاستمناء.
[ KAJIAN DALIL-DALIL PENGHARAMAN ISTIMNA’ (ONANI) ] |
Masalah
mengawal hawa nafsu termasuk dalam cabaran besar yang dialami muslimin pada
masa kini. Individu yang tidak dipandu jasmani dan rohaninya dengan Syariat
Islam sudah tentu akan terjerumus ke lembah kemaksiatan. Dan antara kemaksiatan
tersebut ialah istimna’ atau onani. Seringkali muslim yang tidak mendalami ajaran
Islam tertipu dengan ‘kajian-kajian nista’ yang mendakwa bahawa beronani dapat
memberikan kebaikan terhadap pelakunya. Sedangkan realitinya bertentangan
dengan apa yang mereka sangkakan.
Syeikh
Al-Ghumari memulakan perbahasan dalam kitab beliau dengan menegaskan keharaman
istimna’ di sisi mazhab Maliki, Syafie, Hanafi dan jumhur ulama.
Beliau
kemudiannya menyenaraikan dalil-dalil pengharamannya, disertai dengan kaedah
mengistinbat hukum dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis tersebut. Beliau juga
menjelaskan sanad serta martabat hadis yang digunakan sebagai hujah. Antara
dalil yang beliau kemukakan:
Setelah menyenaraikan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah, Syeikh Al-Ghumari kemudiannya menyenaraikan bukti-bukti dari kajian perubatan berkaitan keburukan melakukan onani.
Di samping itu, beliau juga menghuraikan kekeliruan dan salah faham yang terjadi kepada sebahagian ulama’ yang membolehkan istimna’ sekaligus menolak pendapat itu.
Beliau juga menyebut di dalam kitab beliau bahawa pengharaman onani bukan sahaja kepada kaum lelaki, bahkan juga dikenakan kepada kaum wanita. Onani atau istimna' juga termasuk dalam perbuatan yang merosakkan (membatalkan) puasa.
Sila
rujuk kitab beliau untuk penerangan lanjut berkenaan hukum istimna:
No comments:
Post a Comment