Buat
pengetahuan para penuntut ilmu, khususnya yang mencari perbahasan berkaitan
tawassul dengan Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam, ketahuilah bahawa Al-Allamah
Al-Muhaddis Sayyid Abdullah Bin Siddiq Al-Ghumari ada mengarang sebuah risalah bertajuk
إتحاف الأذكياء بجواز التوسل بالأنبياء و الأوليا.
Risalah
ini mengandungi dua bab. Pada bab pertama, Syeikh Abdullah Al-Ghumari menerangkan
dalil-dalil keharusan bertawassul dari Al-Kitab dan As-Sunnah serta atsar-atsar.
Manakala pada bab yang kedua dari risalah tersebut beliau mendatangkan
kisah-kisah tawassul para salaf. Beliau kemudiannya menutup kitab beliau ini
dengan menyenaraikan pendapat-pendapat ulama berkaitan ziarah kubur para solihin
dan bertabarruk dengan kubur tersebut.
Isi kandungan
kitab beliau adalah seperti berikut:
Bab 1
1.
Dalil
pertama dari Al-Quran atas keharusan bertawassul
2.
Dalil
kedua dari Al-Quran
3.
Dalil
ketiga
4.
Hidupnya
para Nabi dalam kubur mereka
5.
Dalil
keempat
6.
Dalil
kelima: Kisah Sayyidina Adam Alaihissalam
7.
Dalil
keenam: Kisah kematian Fatimah Binti Asad Radhiyallahu Anhuma
8.
Dalil
ketujuh: Kisah lelaki buta dengan Rasulullah
9.
Dalil
kelapan: Hadis Nabi: “hidupku baik bagi kamu semua…”
10.Dalil kesembilan: Doa keluar daripada masjid
11.Dalil kesepuluh: Memohon pertolongan dengan
fakir miskin muslimin
12.Dalil kesebelas: Hadis berkenaan wali abdal
13.Dalil kedua belas: Beristighasah dengan
hamba-hamba Allah
14.Dalil ketiga belas: Memohon bantuan
(bertawassul) dengan para sahabat Nabi dan Tabiin.
Bab 2
15.Kisah Usman Bin Hanif dan lelaki yang berhajat
menemui Sayyidina Usman Bin Affan Radhiyallahu Anhu
16.Kisah lelaki yang datang ke makam Nabi pada
zaman Sayyidina Umar, meminta agar diturunkan kerana kemarau
17.Kisah Aamul Fatqi dan kisah dibuka satu bukaan
di atas makam Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam
18.Kisah Sayyidina Umar bertawassul dengan bapa
saudara Nabi, kesalahan Ibn Taimiyyah dan golongan Wahhabi dalam memahami kisah
tersebut serta penerangan bentuk-bentuk salah faham mereka
19.Perbahasan antara Imam Malik dan Amirul Mukminin
di dalam Masjid Nabi Shollallahu ‘Alaihi Wasallam
20.Al-Khallal (Syeikhul Hanabilah) bertawassul
dengan kubur Musa Bin Ja’far
……
……
……
21.Pendapat-pendapat ulama berkaitan ziarah kubur
para solihin dan bertabarruk dengan kubur tersebut
Untuk
penerangan lanjut, sila download kitab tersebut di sini.
No comments:
Post a Comment