Pages

Saturday, February 7, 2015

Mutiara Kata Ibn Athoillah As-Sakandari


اللهُ يَعْلَمُ أنني ذو همة  ***  تَأْبَى الدَّنِيَّةَ عِفَّةً وتَظَرُّفًا
Allah mengetahui bahawa aku adalah orang yang mempunyai keazaman yang enggan menerima segala perkara yang hina kerana kehormatan diri dan keanggunannya.

لِمَ لاَ أَصُونُ عن الورى ديباجَتي  ***  وأُرِيهِمُ عِزَّ الملوك وأشرفا
mengapakah tidak aku menjaga penampilanku dihadapan orang dan tidak kutunjukkan kepada mereka keagungan para raja dan ketinggian darjatnya

أَأُرِيهِمُ أني الفقيرُ إليهمُ  ***  وجميعُهم لا يستطيع تَصَرُّفا
adakah aku akan tunjukkan kepada mereka bahawa aku orang yang memerlukan kepada mereka sedangkan mereka kesemuanya tidak mampu melakukan apa-apa

أمْ كيف أسألُ رزقَه مِن غيره  ***  هذا لعمري إن فعلت هو الجفا
atau bagaimana mungkin aku memohon rezeki tuhanku dari selaiannya, demi hidupku jikalau aku lakukan perkara itu pasti ia suatu kebiadapan

شكوى الضعيف إلى ضعيفٍ مثلِه  ***  عَجْزُ أقام بحامليه على شفا
rintihan dari seorang yang lemah kepada makhluk yang lemah sepertinya adalah suatu ketidakmampuan, adakah ia berhasil memberikan penyembuhan kepada kedua mereka?

فاسْتَرْزِقِ اللهَ الذي إحسانُهُ  ***  عَمَّ البريةَ مِنَّةً وتَلَطُّفا
oleh itu mintalah rezeki dari Allah yang meratai sifat ehsanNya pada semua manusia sebagai suatu pemberian nikmat dan kelembutanNya terhadap mereka

No comments:

Post a Comment